Kerjaya saintifik Brian_May

Dari tahun 1970 hingga 1974, beliau menjalankan pengajian kedoktorannya di Imperial College London[1] membuat penyelidikan terhadap kesan habuk terhadap sinaran cahaya yang terpantul serta kelajuran habuk yang trerapung dalam Sistem Suria. Beliau terpaksa menghentikan pengajiannya selepas Queen menjadi terkenal lalu menjelajah ke serata dunia untuk melakukan persembahan mereka selepas 1974, namun beliau ada menulis bersama beberapa laopran kajian berdasarkan pemerhatian dilakukan di Balai Cerap Teide, Tenerife, Sepanyol.[10][11]

Pada 17 November 2007, beliau dilantik sebagai Canselor Liverpool John Moores University[12] serta diberikan kefeloan terhormat atas sumbangannya kepada membentuk pemahaman orang ramai terhadap sains pada tahun 2008.[13] Beliau memegang jawatan canselor itu sehingga tahun 2013.[14]